Ramai nak bina otot, tapi tak ramai tahu caranya. Tengok di gym, yang baru masuk memang main hentam sahaja semua mesin. Selepas beberapa bulan, hasilnya sangat sedikit berbanding orang lain.

Satu benda yang kita dapat lihat dalam diri individu sebegini ialah mereka melakukan setiap rep senaman dengan terlalu laju. Mereka membiarkan bebanan mengawal mereka, bukannya mereka mengawal bebanan.

Dalam senaman, kita ada dua jenis pengucupan otot. Satunya ialah pengucupan isometrik, dan satu lagi ialah isotonik. Pengucupan isometrik melibatkan pengucupan statik seperti dalam senaman plank, manakala pengucupan isotonik ialah pengucupan bersama pergerakan seperti senaman-senaman biasa anda lakukan.

Dalam isotonik pula, kita ada fasa konsentrik dan fasa eksentrik. Konsentrik bermaksud fasa anda menggerakkan bebanan berlawanan dengan tarikan graviti. Kalau dalam bench press, pergerakan menolak itulah fasa konsentrik. Eksentrik ialah yang sebaliknya.

Ramai yang tersilap dalam fasa eksentrik. Mereka biarkan bebanan turun laju tanpa mengawalnya dengan baik. Walhal, dalam fasa inilah otot anda akan mendapat stimulasi maksimum untuk kesan hypertrophy.

Maksudnya, apa? Anda kena turunkan bebanan secara perlahan. Ini akan menyebabkan koyakan mikro dalam tisu otot, dan inilah yang kita mahukan!

Berapa perlahan anda kena turunkan? Lagi perlahan anda turun, lagi ringan anda kena guna. Bukanlah sampai perlahan sangat, cuma sekadar mengawal. Panduan mudah, 2 saat eksentrik dan 1 saat konsentrik ( 2 turun dengan 1 naik).

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)