Nak bina otot bukannya susah. Selagi anda jaga makan, anda bersenam, anda boleh bina otot. Pilihan senaman memang ada banyak, dan tak salah anda lakukan yag mana-mana. Tetapi, Admin nak kongsikan beberapa senaman yang bagus dilakukan untuk membina otot!
1- Dumbbell Pullover
Senaman ini adalah untuk bahagian dada dan bahagian back. Ada sesetengah gym yang ada mesin khas untuk senaman ini. Yang itu pun bagus juga! Admin lagi suka guna mesin yang itu daripada freeweight untuk senaman ini, tetapi memang susah nak cari. Ini dikira senaman isolation, tetapi otot yang boleh terasa agak banyak termasuklah triceps.
2- Chin Up
Sayanglah kalau anda tak buat chin up. Jika anda tak mampu sekali pun, amalkan pull down samada menggunakan mesin kabel ataupun guna mesin yang anda perlu letakkan bebanan. Sikit-sikit tambah berat sampai anda cukup kuat untuk chin up badan anda sendiri. Ia adalah senaman back yang cukup mujarab!
3- Single-Legged Squat
Yang ini pula adalah senaman mujarab untuk kaki. Ya, squat biasa memang antara yang terbaik. Tetapi, ia terbaik untuk bina kekuatan. Untuk memaksimumkan hypertrophy, anda kena buat juga senaman-senaman lain seperti leg extension, leg curl, dan single-legged exercise. Ini termasuklah lunges dan single-legged squat.
4- Dumbbell Carry
Ini adalah senaman yang sesuai bagi mereka yang malas nak letak semula dumbbell ke tempatnya. Caranya adalah dengan mengangkat dumbbell dan mengangkatnya ke sana dan ke mari. Itu sahaja, mudah bukan? Memanglah mudah kalau anda pakai dumbbell 5-10kg. Cuba angkat yang 30-40kg jalan 10-20 langkah. Nak mencabar lagi, angkat sebelah sahaja.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)