Bahagian otot trapezius terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

  1. Upper trapezius
  2. Middle trapezius
  3. Lower trapezius

 

Setiap bahagian ini menggerakkan tuang belikat (scapula) anda secara tersendiri. Apabil gentian otot mempunya pembahagian seperti itu, maka fungsi dan pergerakannya juga akan berbeza.

Upper Trapezius

Bahagian ini penting untuk menampakkan yang anda mempunyai trap yang tinggi. Inilah bahagian yang menjadikan tubuh anda kelihatan besar apabila anda memakai baju. Senaman yang paling mudah untuk menguatkan bahagian ini ialah shrugging. Buat 8-10 rep menggunakan beban yang agak berat tapi terkawal.

 

Middle Trapezius

Untuk menampakkan back anda tebal, anda kena latih bahagian middle trapezius. Ramai yang kekurangan bahagian ini, menjadikan back mereka kurang menarik (tebal). Kalau anda nak fokus pada bahagian ini, senaman anda kena buat ialah deadlift dan juga seated cable row ataupun barbell row. Buat menggunakan beban berat dengan momentum terkawal (jika perlu) sebanyak 6-10 rep.

 

Lower Trapezius

Ini adalah untuk kesihatan bahu anda secara menyeluruh. Senaman yang paling berkesan untuk mengenakan bahagian ini ialah pull up ataupun pull down. Masalahnya, ramai orang tak cukup kuat untuk melakukan pull up. Lantas, mereka tidak melatih otot ini dengan baik. Sebab itu, bahu mereka kurang kuat dan postur badan tidak betul. Jika anda tidak boleh pull up, buat pull down sampai anda cukup kuat untuk pull up.

 

Entri Oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)