Axe chop ialah senaman yang melibatkan pergerakan memusing dan ini adalah antara senaman penting dalam membina kekuatan otot teras kita. Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan pergerakan memusing, menjadikan senaman axe chop sebagai senaman yang dikenali sebagai functional exercise.

 

Senaman axe chop boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ia bertindak ke atas otot obliques sebenarnya, dalam masa yang sama melatih otot retus abdominis (abs) dalam keadaan isometrik. Maksudnya, yang menggerakkan badan anda ialah obliques dan abs akan berada dalam keadaan statik, tak sama dengan senaman sit up.

 

Obliques ialah bahagian otot yang menjadikan abs anda nampak lebih ramping dan berbentuk tirus macam huruf V. Tak ramai yang ambil berat dengan bahagian ini sebab semua hanya mengejar six pack. Sedangkan, kalau anda cantikkan obliques anda, six pack anda akan nampak lebih mantap.

 

Axe chop sesuai dibuat menggunakan mesin kabel. Anda boleh menghadap mesin kabel ataupun berdiri secara sisi dengan mesin tersebut. Ia juga boleh dilakukan secara low-high, high low, atau mid pull. Maksud Admin, anda boleh tetapkan nak tarik dari bawah ke atas, atas ke bawah, atau dari paras tengah sahaja.

 

Masih tak faham lagi? Jangan risau, Admin kongsikan beberapa gambar.

Related image

Related image

Related imageRelated image

Related image

Jadi, selepas ini cuba masukkan senaman axe chop dalam rutin abs anda kalau anda nakkan perubahan yang cepat dan ketara. Apa yang anda boleh harapkan ialah abs anda akan jadi lebih keras dan padu!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)