Bersenam adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan akan tetapi jika dibuat pada waktu malam, apa kesannya kepada diri kita?

MITOS

Bersenam pada waktu malam tidak baik untuk badan anda kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk tidur dan mengganggu waktu tidur anda

FAKTA

Suhu badan kita, bermula dengan kadar yang rendah pada waktu pagi kemudian akan naik pada waktu siang dan akan menurun kembali pada waktu malam. Suhu badan yang menurun dan rendah ini, memberi signal kepada badan kita untuk tidur. Apabila kita bersenam dengan lasak melebihi 30 minit, suhu badan kita akan naik. Ini akan menyebabkan kita terpaksa menunggu suhu badan turun kembali ke paras yang rendah untuk membolehkan kita tidur, kebisaannya proses penurunan suhu ini akan mengambil masa 5 ke 6 jam.

SENAMAN SIANG vs SENAMAN MALAM

Waktu Senaman Yang Paling Sesuai adalah bergantung pada cara hidup individu, bagi kesan yang terbaik adalah cuba melakukan senaman pada waktu pagi tetapi jika tiada kelapangan, senaman waktu malam tidak akan menjejaskan kesihatan dan yang paling penting lakukannya secara konsisten.

Apa yang betul-betul terbukti bahaya untuk kesihatan badan anda ialah dengan langsung TIDAK BERSENAM.