Waktu workout panas-panas, berpeluh dan letih, mesti sedap kan dapat minum air sejuk? Tapi, orang kata minum air sejuk nanti cepat letih, stamina drop, dan macam-macam lagi. Kalau macam itu, tak baguslah minum air sejuk, kan?
Ia terpulang kepada individu, tetapi untuk menjawab soalan ini, air sejuk adalah lebih baik diminum semasa workout. Ada beberapa sebab yang menjadikan ia lebih baik daripada meminum yang suam:
1- Lebih Cepat Serap
Air sejuk lebih cepat menyerap ke dalam badan berbanding air suam. Sebab itu, kalau anda minum air suam banyak semasa workout, rasa malas sedikit sebab perut rasa penuh. Air bergoncang dalam perut.
2- Bakar Lebih Banyak Kalori
Disebabkan air itu sejuk, badan terpaksa panaskan air tersebut menjadi kepada suhu badan. Proses ini menggunakan tenaga dan tenaga tersebut datangnya dalam bentuk kalori. Air kosong bernilai 0 kalori, minum secara sejuk pula akan membakar kalori. Ini adalah salah satu contoh orang panggil “negative calorie food” di mana nilai anda bakar lagi banyak berbanding nilai yang dalam makanan tersebut.
Nota, Admin kata air sejuk dan bukan air ais. Berbeza kedua-dua itu. Elok anda bawa air kosong dan letak dalam peti ais gym, atau bawa sahaja air yang dah disejukkan daripada rumah. Kalau nak lebih tenaga, boleh tambahkan 1 scoop BCAA ke dalam air sejuk tersebut. Penyerapan yang cepat akan memberikan lebih banyak tenaga daripada biasa, tambah-tambah lagi ada BCAA.