Bolehkah Bina Badan Kalau Pergi Gym 3 Kali Sahaja Seminggu?

Ada yang bertanya kepada Admin tentang latihan-latihan yang hanya menggunakan rutin latihan sebanyak tiga kali seminggu, samada cukup atau tidak untuk membina badan? Contoh latihan-latihan yang berkaitan adlah seperti latihan Stronglift 5×5 dan Jim Wendler’s 5/3/1.

Admin sendiri dahulu pernah gunakan rutin latihan tiga kali seminggu, dan apa yang Admin boleh katakan, adalah begini…

Ianya Berkesan Sehingga Satu Tahap
Kalau anda jenis orang yang sibuk dan kekurangan masa untuk workout, rutin senaman tiga kali seminggu adalah latihan yang sangat sesuai untuk anda! Frekuensi tiga kali seminggu sudah cukup untuk membina otot, dengan syarat intensiti latihan anda haruslah tinggi. Kalau anda buat latihan seluruh badan setiap sesi, maka itu adalah lebih baik.

Tetapi, jika anda mahukan hasil yang lebih, maka usaha anda juga perlulah lebih. Latihan tiga kali seminggu berkesan sehingga ke satu tahap, dan ia amat sesuai untuk yang baru mula berlatih. Yang otai juga bagus gunakan rutin ini, tetapi susah nak mara apabila sampai ke satu tahap nanti.

Pendek Kata
Kalau anda selalu busy, gunakalah rutin latihan tiga kali seminggu untuk pastikan anda dapatkan rangsangan secukupnya untuk membina badan. Tetapi, jika anda mahukan hasil yang lebih mantap dari segi kekuatan dan hypertrophy otot, anda kena buat lebih.

Komen Facebook