Senaman isolation telah menjadi tunjang kepada latihan bina badan. Ia adalah senaman yang memberi fokus secara spesifik kepada otot yang hendak dilatih. Cuma, kebelakangan ini ramai pula yang menidakkan kepentingan senaman isolation.

Bagi sesetengah individu yang dikatakan “coach” pakar, senaman kompaun memadai untuk membina badan. Ada betul dan ada kontranya. Senaman kompaun memang boleh membina badan tetapi sampai ke tahap mana?

Anda tak boleh berharap pada senaman kompaun sahaja jika anda ingin fokus kepada bina badan secara maksimal. Senaman kompaun bagus untuk melatih kekuatan dan juga pergerakan functional. Ia juga bagus untuk menjaga kesihatan postur badan dan juga kekuatan otot teras.

Kemudian akan ada yang berkata, senaman kompaun membesarkan otot yang lebih efektif. Abang sado yang lain yang fokus kepada senaman kompaun sahaja hanya besar kosong, tak ada kekuatan. Adakah ini menjadi masalah kepada anda? Mereka memiliki badan yang cantik kerana mereka fokus kepada TUT dan mereka boleh jaga makan, apa guna kalau boleh angkat berat sahaja? Hari-hari ke anda kena angkat berat?

Saya tak mengecam golongan yang berlatih untuk mengangkat berat kerana saya sendiri berlatarbelakangkan yang sama. Saya berlatih untuk angkat bebanan yang berat dan dahulu juga saya percaya benda yang sama yang mereka percaya iaitu latihan kekuatan adalah yang terbaik untuk membina.

Walaupun begitu, saya sering dibuktikan salah kerana lebih ramai lagi yang memiliki badan yang jauh lebih berotot dengan memberi fokus kepada senaman isolation. Mereka masih melakukan senaman kompaun tetapi teknik mereka berbeza. Mereka ingin memberi tumpuan kepada tension di dalam otot sedangkan saya fokus kepada mengangkat bebanan yang lebih berat.

Apa yang saya nak katakan disini ialah, latihan untuk membina badan sedikit berbeza dengan latihan untuk membina kekuatan. Senaman isolation amatlah penting untuk membina otot dan merangsang hypertrophy. Tak kira apa orang lain kata, itulah hakikatnya.

Yang lagi penting ialah, mengangkat bebanan berat tidak bermaksud anda hebat. Memiliki badan yang berotot juga tidak bermaksud anda. yang menjadikan anda hebat adalah apabila anda merendah diri dan juga sama-sama membantu orang lain mencapai matlamat mereka dan menghormati objektif latihan mereka. Ingat, bukan semua orang di gim nak jadi seperti anda.

Entri: Aiman Radzi