Pembaca Dee Gym Supplement terdiri daripada semua lapisan masyarakat, baik yang muda atau yang tua, lelaki mahupun perempuan.

Baru-baru ini Admin mendapat soalan daripada salah seorang pembaca yang masih muda. Umurnya 15 tahun dan beliau minat dengan bidang gym. Beliau mahu membina badan tetapi risau jika umurnya masih tidak sesuai untuk melakukan latihan.

Admin nak bagitahu, minat sebegitu adalah sangat bagus dan digalakkan berbanding minat-minat yang membuang masa, membazir duit, dan juga tidak berfaedah seperti melepak, merempit, dan lain-lain. Beliau juga tidak perlu risau kerana meskipun umur muda, dengan latihan yang betul ia tidak akan mendatangkan kesan negatif pada badan. Sebaliknya, latihan adalah sangat sangat digalakkan sejak usia muda untuk merangsang proses tumbesaran

Image result for teen bodybuilder

Apa yang perlu mereka jaga ialah teknik senaman dan juga program latihan. Jangan mengangkat terlalu berat sampai tercedera dan jangan buat-buat pandai. Dapatkan khidmat bantuan daripada jurulatih untuk mengajar cara yang betul untuk bersenam. Pastikan juga program latihan anda sesuai dengan kondisi badan. Jangan ingat anda boleh sado dalam masa sebulan. Lagipun anda masih muda perjalanan anda masih jauh lagi.

Rancang untuk berjaya masa hadapan dan kekalkan kejayaan tersebut. Bukannya berjaya untuk sebulan dua sahaja. Membina badan adalah satu gaya hidup  Jangan membina badan kerana ia adalah trend ataupun mengikut kawan-kawan. Buat kerana anda ingin menjadi lebih aktif dan sihat serta kuat.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)