Bolehkah Kita Training Gym Guna Berat-Berat Semasa Puasa?

Berlatih menggunakan bebanan berat turut memerlukan tenaga yang banyak, tetapi kita dapat mengawalnya dengan mengurangkan jumlah rep yang kita lakukan. Persoalannya, kenapa anda mesti main berat semasa bulan puasa?

 

Badan kita membesar apabila ia menerima rangsangan latihan, dan ia membesar kerana diberikan tekanan yang tinggi. Apabila otot perlu menggerakkan bebanan yang berat, lama-kelamaan ia perlu membesar untuk menampung keperluan tersebut. Dengan kata lain, otot membesar sebab anda main berat.

 

Bagi mengekalkan jisim otot yang besar (dan berpenat-penat anda buat), ada masih kena main berat semasa fasa cutting, dan Jika anda berlatih dalam bulan puasa, konsepnya masih sama. Cuma, kita kekurangan tenaga dalam fasa cutting dan juga bulan puasa. Macam mana nak main berat?

 

Admin berikan contoh; Kalau sebelum ini anda deadlift 100kg untuk 10 rep untuk 3 set, mungkin anda boleh lakukan 140kg sebanyak 5 kali sebanyak 5 set. Maksudnya di sini, apabila anda main berat, kurangkan jumlah repitisi yang ada buat tetapi banyakkan set.

 

Tujuan anda lakukan begini adalah untuk memberikan rangsangan secukupnya untuk mengekalkan jisim otot meskipun dalam keadaan tenaga yang kurang. Semestinya, apabila apabila tenaga kurang, anda tidak dapat berlatih begitu banyak. Tetapi, Anda masih perlukan rangsangan latihan untuk mengekalkan jisim otot yang pernah anda bina. Beginilah caranya (iaitu dengan main berat tetapi banyak set).

 

Fokus main berat pada senaman kompaun sahaja, jangan pula paksa diri untuk main berat juga dalam senaman isolation kerana ia boleh meningkatkan risiko kecederaan.

 

Jangan lupa untuk gunakan Superior Mass daripada Superior14 untuk bulan puasa ini bagi membekalkan anda dengan nutrisi yang mencukupi!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook