Ada tak kawan-kawan anda (ataupun diri anda sendiri) bertanya soalan ini;

Bolehkah main biceps hari-hari?

Siapa yang tanya macam ini, biasanya mereka ada satu matlamat yang sama. Iaitu untuk membesarkan otot tangan mereka dengan cepat. Mana tidak, jeles tengok otai-otai sado lain yang tangan membengkak boleh koyakkan baju. Pakai singlet pun tak malu sangat!

Jadi, apakah jawapan kepada soalan tersebut? Jawapannya… BOLEH!

Tak Rosak Ke Otot Biceps?

Semua otot boleh dilatih hari-hari, dengan syarat otot anda tidak barai pada hari tersebut. Contohnya, semalam dah main biceps kaw-kaw, dan hari ini rasa lenguh sikit-sikit. Minggu depan lepas arm day, lenguh-lenguh dah berkurang. Minggu satu lagi main arm day, terus dah tak sakit tangan. Kalau still tak sakit pada hari seterusnya, anda boleh main lagi biceps dan triceps ataupun apa-apa otot lain dengan konsep yang sama.

Rutin Termudah Untuk Biceps Hari-Hari

Kalau anda nak main biceps hari-hari dan perlukan rutin yang berkesan untuk membesarkan otot biceps anda, saya kongsikan satu resepi istimewa untuk biceps!

Superset Biceps Triceps

Anda akan buat superset dua senaman dijalankan secara berterusan. Setiap senaman akan dilakukan sebanyak 30 rep. Berapa set, itu terpulang. Kalau hari tersebut anda rasa 1 set cukup, tak ada masalah. Kalau nak buat 3 set, pun boleh. Saya sendiri buat 1 set sahaja setiap hari.

Senaman pertama ialah biceps curl menggunakan mesin kabel bersama tali. Pastikan siku anda rapat ke dan jangan gerakkan siku secara ketara. Gunakan beban ringan tetapi susah untuk habiskan 30 rep.

Related image

Habis 30 rep, teruskan dengan buat overhead triceps extension menggunakan mesin dan tali yang sama. Terbalikkan sahaja posisi badan. Buat lagi 30 rep. Lawan rasa sakit tersebut, dan henjut jika perlu.

Image result for cable overhead triceps extension