Ramai orang bagi nasihat, kalau nak kurus tak boleh makan nasi. Katanya nasi ini menggemukkan. Kemudian, muncullah testimoni-testimoni daripada mereka yang tak makan nasi untuk bertahun-tahun dan berjaya jadi kurus.
Ketahuilah, nasi tidak bersalah dalam perihal menggemukkan badan anda. Malah, apa jua jenis makanan tak pernah bersalah dalam hal ini. Tahukah anda apakah punca anda gemuk? Sifat anda sendiri yang menyebabkan anda jadi gemuk!
Kegemukan berlaku apabila anda tidak reti mengawal pemakanan anda dari segi kualiti dan kuantiti. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau yang ini, sikit-sikit lama-lama jadi buncit.
Maksud Admin, kalau anda tak jaga pemakanan daripada sekarang, lama-lama anda akan mendapat kesannya. Ilmu pemakanan seimbang dan sihat amatlah penting. Sekarang, Admin nak bagitahu yang nasi tidak bersalah kalau anda nak kuruskan badan. Malah, anda nak makan burger, pizza, kek, semuanya boleh selagi mana anda faham asas.
Asas yang Admin maksudkan ialah ilmu pengiraan kalori keluar masuk. Selagi mana anda boleh kawal kuantiti kalori yang anda ambil seharian, tiada masalah untuk anda makan makanan-makanan yang ramai kata tidak boleh kalau nak kurus.
Anda kena tahu berapakah kalori yang diperlukan dalam sehari. Ia melibatkan sedikit pengiraan yang mudah didapati Jika anda rajinkan diri untuk Google. Pelbagai jenis kalkulator atas talian ada di sana. Kemudian, anda kena tahu pula berapa kalori yang ada dalam makanan di depan anda. Yang ini memerlukan latihan dan skill yang diasah.
Secara umum, anda kena pastikan kalori harian anda adalah kurang berbanding keperluan badan anda. Yang lagi penting ialah, anda konsisten dengan nilai kalori ini. Satu lagi yang menyebabkan orang susah untuk kurus ialah mereka tidak konsisten dengan pemakanan mereka. 3 hari jaga makan, hari seterusnya melantak sampai ke malam. Tanpa consistency, ia tidak akan menjadi.
Pucuk pangkalnya, nasi boleh dimakan meskipun anda mahu kurus. Cuma, anda kena belajar untuk mengira kuantiti yang diperlukan oleh anda.
Gunakan Mega Rasp daripada Superior14 untuk membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)