Bolehkah Minum Protein Kalau Tak Pergi Gym?

Protein datang dalam pelbagai bentuk. Anda boleh dapatkan protein daripada pemakanan seperti ayam, daging, ikan, dan macam-macam lagi. Protein juga boleh didapati melalui supplement seperti whey.

Orang kata, kalau nak buat badan mesti ambil supplement. Ini bukanlah kenyataan yang tepat, tetapi supplement memang membantu bagi yang mampu. Soalnya sekarang, bolehkah anda guna supplement kalau anda tak pergi ke gym?

Maksud Admin ada dua, satunya ialah mereka yang tidak pergi ke gym tetapi masih bersenam di rumah atau di taman. Yang kedua ialah mereka yang sedang rest day daripada gym. Bolehkah individu-individu ini mengambil whey protein?

Related image

Jawabnya, boleh tanpa sebarang masalah. Bagi golongan yang pertama, meskipun mereka tidak pergi ke gym, mereka masih bersenam dan otot mereka memerlukan sumber protein untuk proses pembaikpulihan. Untuk yang kedua, seramai sangka hari pergi kerja sahaja perlu ambil protein walhal rest day adalah lebih penting untuk ambil protein kerana masa inilah otot-otot anda sedang membesar.

Ambil protein ikut keperluan badan, bukannya ikut berapa scoop. Maksudnya, Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Tujuan anda ambil whey protein adalah untuk mencukupkan pengambilan protein harian anda. Lihat berapa banyak yang tak cukup, top up sahaja dengan whey protein secukupnya. Ada yang ambil satu scoop, ada yang dua, ada yang empat, semuanya bergantung pada diri sendiri.

Admin sarankan anda guna whey protein daripada Superior14 kerana kualitinya yang tidak disangkal lagi.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook