Admin terdengar ada yang memberi nasihat supaya jangan makan lauk kalau anda nak kurus. Fokus pada makan nasi dan sayur sahaja kerana protein tersebut menyebabkan otot kita padat, lantas itu yang menjadikan kita gemuk. Nota kaki, rasa ini datang daripada seorang makcik.

Satu sahaja yang betul daripada nasihat itu, anda rasa yang mana? Protein membantu untuk menjadikan otot kita padat, tetapi adakah itu yang menyebabkan kita gemuk?

Dalam 1 gram protein, ia turut mempunyai 4 kcal, sama banyak dengan 1 gram karbohidrat. Manakala, 1 gram lemak pula mengandungi 9 kcal. Protein adalah sumber untuk proses pemulihan dan pembinaan sel baru, manakala karbohidrat pula adalah sumber tenaga anda. Yang menyebabkan gemuk bukanlah protein secara spesifik, dan bukan juga lemak. Jadi, apa yang menyebabkan anda gemuk?

Makan nasi tidak menggemukkan, makan lauk tidak menggemukkan, dan makan lemak juga tidak menggemukkan. Semua itu adalah keperluan kita. Yang menggemukkan ialah memakan makanan-makanan tadi dalam kuantiti yang berlebihan.

Ya, protein boleh membina otot, tetapi jika anda mengambil dalam kuantiti yang lebih, jumlah kalorinya juga akan lebih. Jika kalori ini tidak digunakan, maka ia akan disimpan sebagai lemak. Kalau berat badan anda naik sebab otot, anda tidak dikira sebagai gemuk. Kalau berat badan anda turun disebabkan otot mengecil, anda masih dikira sebagai gemuk.

Image result for fat muscle

Otot adalah sesuatu benda yang baik dan patut diusahakan. Kerana apa? Otot menjadikan kita kuat dan juga menjaga kita daripada risiko kecederaan. Bayangkan begini, Kalau anda baling pinggan kosong dengan pinggan yang berbalut kain tebal, yang manakah lebih mudah untuk pecah?

Maka, apa yang Admin nak katakan di sini ialah pemakanan anda adalah faktor paling utama dalam penurunan atau kenaikan berat badan. Kuantiti haruslah dijaga.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)