Bolehkah Pushup Hari-Hari?

Admin baru lepas jumpa seorang champion dalam dunia strongman dan bina badan, Arif Khalil, tempoh hari untuk sesi fisioterapi. Dalam masa yang sama, kami bersembang tentang latihan dan kenapa Admin tak masuk pertandingan strongman lagi. Malu juga, sebab latihan tak konsisten!

 

Beliau berkongsi dengan Admin yang beliau dah mulakan latihan sejak dari bangku sekolah lagi. Apa yang beliau buat ialah pushup hari-hari. Setiap hari tak kurang seribu, dan selalunya akan buat 3000 setiap hari.

 

Nah, orang nak buat 100 sehari pun pikir 10 kali. Inikan lagi 3000 setiap hari! Patutlah dia mempunyai tangan bersaiz 21 inci sekarang. Tetapi, beliau tak galakkan pushup hari-hari. Malah, beliau kata ia tak membantu sangat pun untuk sizing otot.

 

Baginya, pushup hari-hari adalah benda yang tidak mujarab malah menyakitkan diri. Beliau menyatakan yang beliau kena tahan sakit hari-hari. Kelebihan pushup hari-hari yang beliau dapat adalah kekuatan pressing. Dari segi saiz, pushup tak banyak membantu berbanding latihan gym.

 

Tetapi, apabila dikaitkan, kekuatan yang beliau dapat daripada pushup telah membantu beliau untuk angkat lebih berat dengan senaman dalam gym. Apabila beliau boleh angkat lebih berat, maka rangsangan hypertrophy otot untuk tumbesaran juga meningkat, dan ini telah menyumbang kepada saiz tangan 21 inci beliau sekarang!

 

Mungkin pushup setiap hari bukan optimum untuk diamalkan, tetapi pushup memang mendatangkan faedah. Andaikan anda nak buat setiap hari, mungkin tak perlu sampai beribu-ribu. Ubah-ubah variasi untuk memberikan stimulasi berbeza. Gunakan bebanan seperti menggalas beg semasa pushup untuk meningkatkan intensiti latihan. Lagipun, otot kena berehat untuk membesar. Kalau anda belasah hari-hari, teruklah dia.

 

Macam-macam lagi tips kecergasan dan bina badan boleh didapati di Dee Gym Supplement!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook