Bolehkah Whey Menggemukkan Badan?

Telah termendap dalam fikiran rakyat gym sedunia yang whey digunakan untuk cutting dan mass pula digunakan untuk bulking. Maksudnya, anda nak kurus kena guna whey, nak besar kena guna mass. Maka, bagi rakyat awam, agak mustahil untuk gemuk dengan whey dan kurus dengan mass pula.

Menjadi gemuk dan kurus tidak bergantung pada apa supplement anda pakai semata-mata. Memang ia mempengaruhi hasil, tetapi bukanlah mandatori. Maksud Admin, makan mass pun boleh kurus dan minum whey juga boleh gemuk.

Ia sebenarnya bergantung pada kemasukan kalori. Kalau anda makan banyak kalori lebih daripada keperluan, maka itu akan buat badan anda naik meskipun anda makan whey. Apabila makan mass tetapi jumlah keseluruhan kalori rendah daripada keperluan, maka badan anda akan turun.

Jangan pelik kalau anda makan whey tapi perut naik kalau anda tak jaga makan. Dan, jangan hairan badan tetap kurus kalau makan mass jika anda tak makan banyak makanan lain. Semestinya, diet adalah yang pertama, workout kedua, dan supplement ketiga.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook