Pada kebiasaannya kita melakukan senaman 3 kali seminggu. Dan bagi sesetengah individu yang aktif senamannya 5 kali seminggu. Apa kesan pula jika melakukan senaman 7 kali seminggu?
Bagi saya tiada masalah untuk melakukan senaman setiap hari. Hal ini kerana badan kita dicipta untuk bekerja setiap hari. Dan tidaklah dalam sehari kita tidak berehat kerana pada malam hari kita akan berehat bagi mengembalikan tenaga dalam badan pada keesokan hari. Dengan berbekalkan latihan senaman yang betul, kita tidak perlu risau kecederaan jika senaman yang dilakukan setiap hari.
Apa kelebihan workout setiap hari?
1. Lemak dibakar dengan lebih baik
Prinsipnya semakin banyak melakukan kerja, semakin banyak kalori akan dibakar dan semakin banyak lemak akan hilang.
Jika anda melatih otot anda mengangkat bebanan setiap hari, anda akan mengaktifkan suatu genetik metabolisme dalam otot anda. Jadi lemak dalam badan akan dibakar setiap hari.
2. Tumbesaran otot lebih baik
Sama seperti kalori, apabila anda melakukan senaman setiap hari yang mengenakan otot-otot badan, maka otot-otot anda lebih kuat dan bertambah besar. Ia juga akan mengaktifkan genetik di dalam ‘muscle fiber’ yang akan membuat proses ini semtiasa berjalan sekaligus otot anda akan terus berkembang.
Jadi secara ringkasnya anda tidak perlu risau jika melakukan senaman setiap hari tanpa ‘rest day’ kerana tiada kesan sampingan yang akan berlaku melainkan jika anda tidak menjaga tidur anda pada waktu malam.
Entri oleh: Fakhrul Islam