Ada kala sesetengah masa kita akan berasa bosan dengan gym. Siapa pernah rasa akan tahu apa Admin maksudkan. Dahulu kata, memang takkan bosan dengan gym, takkan ponteng gym, dan sebagainya. Apabila dah berlatih lama, akan datang perasaan jemu.

Perasaan ini biasa hadir kerana overtraining. Memang badan tak rasa sakit sebab overtraining, tetapi ia memberi kesan pada mental iaitu kebosanan dan tidak bersemangat.

Berapa lama anda training? Adakah anda lakukan perkara sama hari-hari? Hasil tak nampak sangat sejak kebelakangan ini? Kawan-kawan gym semua dah pindah gym? Ini semua mendorong kepada hilang semangat.

Apa yang anda kena lakukan ialah:

1- Tukar Program Latihan

Kalau sebelum ini anda selalu main berat, sekarang tiba masa anda main ringan. Dulu main banyak rep? Sekarang, kurangkan rep. Rest lama dulu buat rasa bosan, jadi gunakan masa rest yang pendek. Selalu buat full body, sekarang buat body split. Buat perkara yang berlawanan dengan dahulu.

2- Tambah Sukan Baru

Lebih kurang juga, buat benda sama akan rasa bosan. Hari-hari cuba main bina badan, sampai jemu tengok besi. Cuba masukkan latihan boxing atau latihan sukan lain ke dalam rutin anda. Admin memang cadangkan boxing dan juga memanah.

3- Ajak Kawan Baru

Cuba anda ajak kawan-kawan di kawasan rumah atau setempat kerja untuk pergi ke gym sama-sama. Anda dah berpengalaman, jadi tawarkan mereka untuk ajar mereka ilmu gym. Paling penting, jangan lunyaikan dia hari pertama. Nanti hilang partner anda esok.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)