16114419_1331799986865875_1714663312320819898_n

 

Ramai yang mengalami sakit bahu waktu bench press freeweight guna barbell. Ada juga yang sakit waktu guna dumbbell pun. Kalau sakit, macam mana nak build chest kalau tak boleh bench press?

Sakit tu kemungkinan disebabkan otot rotator cuff yang lemah atau tercedera. Sebab tercedera? Salah form waktu buat senaman chest. Yang itu kena perbaiki dulu, kuatkan rotator cuff dan buat stretching.

Tapi, kalau rasa sakit tapi nak buat pressing juga. Ada cara lain, iaitu buat FLOOR PRESS!

Floor press akan mengurangkan tekanan pada bahagian bahu hadapan, dan anda masih boleh main berat-berat untuk OVERLOAD muscle.

Buat dalam power rack untuk lebih keselamatan. Kalau nak tahu, floor press ni antara terbaik untuk bina TRICEP yang monster!

Setup atas lantai, letak lapik kalau perlu. Kalau guna barbell, buat dalam power rack, letak pin ikut tinggi yang sesuai. Kalau dumbbell, letak dumbbell dekat dada baru baring. Tengok gambar sebagai rujukan.

Info By Aiman Radzi

Jom usha usha Instgram admin banyak info menarik sana —–> @DeeGymSupplement