Dalam membina otot ramai individu mengabaikan pengambilan karbohidrat dengan alasan protein adalah komponen penting. Namun karbohidrat juga amat penting dalam pembinaan otot yang lebih besar kerana ia mebantu memberi tenaga dalam memgangkat bebanan yang lebih berat.

Untuk itu anda, saya cadangkan anda untuk mengambil pisang sebagai makanan sampingan yang utama kerana ianya mengandungi karbohidrat di samping mengandungi banyak fiber, vitamin dan mineral.

Bagaimana pisang membantu?

1. Penguat tisu otot.

Pisang di pagi hari lebih menjadikan hari anda lebih bertenaga. Jarak masa antara makan malam dan sarapan adalah agak lama. Jadi tahap glycogen dalam badan anda akan jatuh.

Seperti yang kita tahu, glycogen adalah penting dalam tubuh supaya menghalang badan daripada memecahkan protein dalam tisu otot anda bagi kegunaan tenaga yang berpanjangan.

Jadi, dengan mengambil pisang sebagai makanan sarapan anda ia akan menambah tahap glycogen dalam badan dan memberhentikan pemecahan protein dalam otot.

2. Menambah kalori.

Untuk membina otot, anda perlukan kalori yang lebih dari kalori harian anda. Ini kerana baki kalori yang lebih itu akan digunakan untuk membaiki tisu dan tumbesaran otot. Sebiji pisang dianggarkan mempunyai 110-120 kalori. Ia merupakan buah yang terbanyak kalori berbanding buah-buahan lain menjadikan ia pilihan utama dalam membina otot.

3. Mengelakkan otot cramp dan lemah.

Ada satu komponen di dalam sebiji pisang yang amat penting dalam tumbesaran otot. Ia adalah potassium. Potassium adalah mineral penting dalam proses penguncupan dan pengembangan otot. Kurangnya potassium dalam badan akan mengakibatkan otot anda semakin lemah, letih dan kemungkinan akan cepat cramp yang mana akan melambatkan tumbesaran otot. Sebiji pisang mengandungi 10% dari keperluan potassium harian anda. Jadi ia amat membantu dalam melengkapkan diet harian anda . Dengan sebab itulah kita melihaf ramai ahli bina badan akan mengambil buah ini sebelum, semasa, dan selepas workout. Ini kerana dalam sebiji pisang mengandungi pelbagai keperluan dalam tumbesaran otot di samping ia mesra ditambahkan dengan apa-apa menu seperti protein shake dan sebagainya.

Entri oleh: Fakhrul Islam