Nakkan senaman yang efektif untuk membesarkan otot biceps dan otot bahu dalam satu senaman yang sama? Apa kata anda amalkan senaman FACEPULLS! Ia bukan sekadar senaman membina otot, malah dikira senaman yang boleh membantu anda untuk mengekalkan kesihatan bahu.
FACEPULL mensasarkan otot:
- Biceps
- Forearm
- Rear deltoid
- Trapezius
Jika anda inginkan bahu yang bulat, inilah senaman yang anda kena buat! Cara untuk lakukannya:
- Setup dengan mesin tali kabel pada paras samada selaras dengan mata atau paling atas sekali.
- Berdiri dengan memegang tali kabel supaya ia ternaik sedikit.
- Dapatkan keseimbangan badan sebelum melakukan senaman.
- Tarik dengan merapat dan membuka tali seluas yang boleh.
- Fokus pada pengucupan otot trapezius dan bahu belakang.
Gunakan beban yang sederhana berat untuk merangsang pertumbuhan otot. Ulang rep sebanyak 8-12 rep dengan 4-5 set. Senaman ini sesuai dilakukan semasa hari latihan bahu dan latihan back tetapi tiada masalah untuk dilakukan pada hari latihan bahagian lain.