Kalau anda nak jadi lebih shredded, anda kena cutting. Bezanya cutting dan bulking hanyalah pada pemakanan. Latihan tidaklah begitu berbeza sangat. Jadi, benda pertama yang anda perlu lakukan semasa hendak menjadi shredded adalah mengawal pengambilan karbohidrat anda!

 

Apakah contoh-contoh karbohidrat yang perlu dikawal? Nombor satunya bagi kita rakyat Malaysia ialah nasi. Ini adalah punca utama kegemukan. Bukan nasi punca gemuk, tetapi memakan nasi tanpa kawalan. Ingat, makanan tidak bersalah dalam masalah obesiti, tetapi diri kita sendiri yang makan tanpa ingat dunia.

 

Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, anda boleh turun berat dengan cepat. Seminggu 2-3kg adalah tidak mustahil. Malah, kalau anda berhenti minum air manis juga akan nampak kesan yang ketara. Gula juga dalah karbohidrat, jika anda tidak tahu.

 

Cuma ketahui, permulaan tersebut adalah penurunan berat air. Pembakaran lemak akan menyusul nanti. Betul, lemak dan minyak perlu dijaga juga, tetapi karbohidrat tetap menjadi prioriti yang perlu dikurangkan dalam proses shredding! Walaupun begitu, terlebih lemak akan menyebabkan anda lebih cepat gemuk dan sukar untuk shred. 1g lemak bersamaan 9kcal manakala 1g karbohidrat bersamaan 4kcal sahaja.

 

Tetapi, kurangkan terlalu banyak, anda akan mengalami kesusahan untuk workout. Terlebih ambil pula, ia akan merumitkan pembakaran lemak. Macam mana nak buat sekarang? Kurangkan karbohidrat sepanjang hari, tapi ambil karbo sebelum dan selepas latihan sahaja.

 

Maksudnya, anda kena jaga kuantiti nasi, roti, kentang, dan karbo lain. Cuma, sebelum dan selepas gym adalah masa untuk anda isi tenaga yang diperlukan otot anda. Maka, masa ini adalah penting untuk dapatkan karbohidrat berkualiti tinggi.

 

Berapa banyak kena ambil? Cuba ambil sehari karbohidrat mengikut berat badan anda. Kalau anda berat 80kg, ambil 80-100g sehari. Semangkuk nasi ada dalam 45-50g karbohidrat. Pecahkan kepada dua pengambilan, sebelum gym dan selepas. Lebihkan protein, mungkin dua kali ganda daripada berat badan. Kalau 80kg, ambil 160g protein. Terasa lapar? Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan protein seperti ayam, ikan, dan daging.

 

Untuk mencukupkan protein dan karbohidrat, anda boleh terus gunakan Superior Mass yang dilengkapi juga dengan testosterone booster terbaik. Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)