Back dan biceps adalah dua jenis otot yang saling bantu-membantu. Kedua-duanya membuat pergerakan “menarik”. Sebagaimana kebanyakan senaman chest akan mengerjakan triceps, begitu juga dengan senaman back yang akan mengerjakan otot biceps.

 

Ada satu senaman back yang memang terbaik untuk bina otot biceps. Senaman ini selalu dibuat oleh mereka yang gemar main bar. Setaraf dengan senaman close-grip bench press yang memfokuskan triceps, senaman ini akan buat biceps anda membulat macam ada bola baseball dalam tangan anda!

 

Weighted Chin-Up

Aiman Radzi - Buat Senaman Back Ini Kalau Nak Biceps Besar

Senaman ini adalah antara senaman asas yang perlu dimahirkan semua orang. Ya, yang berbadan berat akan mengalami kesukaran. Tetapi, dengan latihan semuanya pasti boleh. Malah, yang berbadan berat mempunyai peluang lebih besar untuk membina otot biceps yang lebih mantap!

 

Pegang bar seluas bahu sahaja dan pastikan tapak tangan anda menghala ke arah anda. Anda digalakkan untuk menggunakan beban jika mampu. Tarik badan anda ke atas (tanpa hayunan) sehingga melepasi paras dagu.

 

Kalau susah nak buat banyak rep, buat banyak set sikit rep. Cuba habiskan 50-100 rep sehari sebanyak 2-3 kali seminggu. Admin yakin anda akan nampak perubahan yang sangat ketara pada back dan biceps anda!