Buat Senaman Ini Sebagai Gantian Squat

Ada yang tak berapa rajin nak buat squat pada hari leg day, dan Admin paham perasan itu. Kadang-kadang, Admin juga berasa “kurang larat” nak habiskan squat, tetapi kita kena buat juga senaman yang mlatih bahagian kaki! Kalau tak buat, itu yang jadi macam batang lidi. Jadi, macam mana?

 

Ada satu senaman yang agak sesuai dilakukan untuk melatih kaki tanpa perlu meletakkan barbell di belakang. Admin tak bercakap tentang leg press (sebab ada juga merungut malas leg press kerana perlu menyusun plate yang banyak). Senaman yang Admin maksudkan ialah HACK LIFT!

23

Posisinya adalah seperti deadlift, tetapi daripada anda letakkan barbell di hadapan, anda akan mula dengan barbell di belakang anda. Perasaannya akan ada sedikit janggal pada mula, tetapi cuba dahulu.

 

Disebabkan arah daya tarikan telah berubah, anda akan meletakkan lebih tekanan pada otot kaki bahagian hadapan berbanding cara deadlift biasa yang lebih melatih otot back dan hamstring. Jika perlu, pakailah wrist strap kalau anda nak main berat tetapi kurang kekuatan genggaman.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook