Senaman ini adalah senaman yang baik untuk membesarkan biceps, terutamanya bahagian short head. Selalunya, orang fokus pada bahagian long head, iaitu yang bagi nampak membukit.

 

Bahagian short head adalah bahagian biceps yang sering ketinggalan. Bahagian inilah yang menjadikan biceps anda lebih bulat dan besar, manakala bahagian long head pula meninggikan biceps anda. Kelebihan spider curl ialah tekanan konstan yang dikenakan pada otot biceps.

 

Untuk menambahkan lagi keberkesanan senaman ini, anda kena buat begini:

  1. Bersandar pada kerusi 45-60 darjah.
  2. Biarkan biceps tergantung bersama dumbbell.
  3. Rapatkan dumbbell sesama dumbbell.
  4. Naikkan ke atas (curl) sambil menekan dumbbell sesama dumbbell.
  5. Tunggu 1 saat di atas sebelum menurunkannya perlahan-lahan.

 

Jangan lupa untuk gunakan BCAA daripada Superior14 untuk menjana tenaga dan mempercepatkan pemulihan otot anda selepas workout! Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement sekarang.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)