Apabila kita bercakap tentang training biceps, buat senaman biasa-biasa sahaja tidak mencukupi. Anda nakkan biceps yang besar membulat dan padat. Ramai orang buat senaman yang sama, jadi bahagian-bahagia biceps yang lain tak kena stimulasi bebanan. Apakah senaman yang akan jadi kegemaran anda yang seterusnya apabila berlatih biceps?
Spider Curls
Anda akan bersandar (dada menghadap kerusi) pada bangku yang dicondongkan seperti dalam gambar. Biarkan tangan anda tergantung di bawah. Senaman spider curl akan mensasarkan otot biceps bahagian short head (ataupun bahagian dalam yang bagi nampak tebal).
Kelebihan spider curl ialah tekanan sekata sepanjang pergerakan. Kalau preacher curl pula (tengok gambar di bawah), apabila anda angkat barbell sampai atas, ada masa rehat sikit jadi tekanan kurang. Dalam spider curl, anda tak perlu guna beban yang terlalu berat. Biasa-biasa sahaja sudah memadai untuk buat biceps anda terbakar!