Buat Superset Biceps Ini Yang Padu

Siapa tak mahukan biceps yang besar? Hampir semua gym-bros mempunyai impian yang sama. Oleh itu, Admin nak kongsikan satu rutin cukup mudah tapi padu untuk membesarkan biceps.

Superset Chin Up Dan Spider Curl

Chin up ialah variasi senaman kepada pull up. Bezanya hanya pada cara anda genggam bar. Chin up dilakukan dengan menghalakan tapak tangan ke arah anda. Ini meletakkan tangan dalam posisi untuk menggunakan lebih otot biceps. Lakukan chip up untuk 4-10 rep tanpa momentum. Paling penting, jangan luruskan tangan habis-habisan apabila di bawah dan pastikan anda tarik habis naik ke atas.

Kemudian, terus lakukan superset dengan senaman biceps ini, dikenali sebagai spider curls. Sandar pada kerusi condong dan biarkan tangan anda tergantung seperti dalam gambar. Lakukan biceps curl seperti biasa tetapi fokus pada kontraksi biceps. Lakukan 8-12 rep.

Kedua-dua senaman ini memberi tekanan lebih pada biceps. Otot memerlukan tekanan sebegini untuk mencabar proses metabolik mereka, sekali gus merangsang proses hypertrophy.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook