Bulan Puasa Ni Nak Workout Yang Pantas? Hanya Gabungkan 5 Senaman Ini Untuk Result Super Padu

Masa ramadhan ni biasanya badan anda akan cepat letih kerana jarak masa makan anda yang lama. Maka bila bercerita tentang senaman anda akan rasa malas dan letih. Namun artikel ini akan berkongsi trick atau senaman pantas yang akan mengenakan otot anda dengan lebih padu dengan masa yang singkat.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah dengan gabungan senaman mesin dan free weight. Berikut merupakan senamannya.

1.Tricep pushdown dan bench press

Anda lakukan bench press sahaja sudah mengenakan otot triceps. Namun anda cuma perlu kukuhkan lagi dengan senaman mesin iaitu tricep pushdown untuk tekanan yang lebih pada otot triceps anda.

2. Leg curls selepas deadlift

Deadlift merupakan senaman kompaun yang mensasarkan otot kaki anda sambil memberi kesan pada keseluruhan otot badan. Anda cuma perlu menggabungkan dengan leg curls bagi memberi kepaduan kaki yang lebih. Ini kerana deadlift banyak mengenakan bahagian pinggul dan quad. Namun leg curls memfokuskan lebih pada hamstring melalui pergerakan bahagian lutut anda.

3. Pull ups dan pull down

Jika selama ini anda hanya lakukan salah satu, anda hanya cuma gabungkan keduanya untuk dapatkan senaman yang sempurna. Anda kena tahu bahawa tidak semua mampu melakukan pull up. Dan jika mampu pun mungkin tidak akan dapat menariknya secara penuh membuatkan banyak peluang tumbesaran otot anda terlepas. Solusinya gabungkan sahaja dengan mesin pull down dan tarik secara penuh pada berat yang sesuai.

4. Bench press dan pec deck

Bench press senaman yang bagus bagi dada anda. Ia merupakan senaman superior bagi otot anda berbanding pec deck. Namun apa yang melebihkan mesin pec deck ini adalah ia mampu memberikan pergerakan otot dada secara isolasi.

5. Leg press dan barbell squat

Jika ditanya senaman kaki yang bagus ia adalah barbell squat. Namun bila sampai pada tahap bebanan yang berat anda akan habiskan banyak tenaga pada senaman ini membuatkan anda mampu lakukan dalam beberapa reps sahaja. Ditambah pula dengan risiko sakit belakang membuatkan anda akan terlepas peluang mendapat hasil. Solusinya adalah dengan melakukan leg press selepas melakukan squat. Lakukan barbell squat sehingga anda hampir penat dan sambungkan dengan leg press untuk mendapatkan manfaat otot kaki sepenuhnya.