Bila tiba hari arm, kadang-kadang anda jadi buntu dan bosan dengan senaman yang lama. Tambahan lagi bila arm anda itu tidak besar-besar. Anda harus faham biceps yang besar datang dari pelbagai jenis senaman, pelbagai jenis sudut dan pelbagai jenis alatan. Saya akan kongsikan beberapa senaman yang akan mengenakan setiap bahagian biceps anda dan menjamin ketebalan biceps anda selepas ini.

1.Bicep Barbell curl

Senaman ini merupakan senaman asas yang anda kena masterkan kerana ia penyumbang terbanyak dalam pertumbuhan otot lengan. Dan memandakan ianya menggunakan kedua belah tangan, anda boleh menggunakan berat yang sedikit tinggi. Dan trick bagi memecahkan otot dengan banyak adalah dengan memperlahankan kadar pergerakan semasa  anda menurunkan barbell ke bawah.

2. Incline Dumbell Curl

Mari kita beralih ke latihan kedua iaitu Incline Dumbell curl. Di sini anda akan duduk di bangku sandar pada sudut sekitar 60 hingga 70 darjah dari lantai sambil memegang dua dumbbell. Anda harus biarkan tangan anda digantung lurus dan kunci siku anda dalam kedudukan itu. Dari sini anda akan curlkan dumbell itu bergilir-gilir tangan kanan dan kiri. Kalau dibandingkan dengan dumbbell curl berdiri biasa, Incline ini dianggap sebagai variasi yang hebat untuk membina peak bicep anda. Ini kerana bicep anda mempunyai dua “kepala” atau dua bahagian iaitu kepala panjang dan kepala pendek. Incline dumbbell membantu anda mendapatkan regangan yang lebih baik untuk “kepala panjang” yang lebih besar kerana lengan anda semasa curl berada di belakang pinggul anda.

3. One Arm High Cable Curl

Ia adalah satu lagi latihan hebat untuk peak bicep yang lebih baik. Di sini anda akan memasang kabel pada ketinggian sedikit lebih tinggi daripada bahu anda sendiri sambil mengahadap sisi muka anda. Kemudian ambil beberapa langkah dari mesin dan curlkan kabel ke arah anda di mana bahu dalam kedudukan yang kelihatan seperti anda melenturkan lengan anda. Semasa melakukan ini, siku anda perlu dipastikan dikunci pada tempatnya. Cuba untuk menggerakkan lengan tanpa menggerakkan seluruh badan anda. Satu kelebihan senaman ini adalah ia akan memberikan ketegangan yang berterusan pada otot yang anda targetkan. Dengan dumbbell anda mungkin akan berubah tahap pergerakan yang akan mengurangkan ketegangan yang diletakkan pada bisep anda. Ini tidak bermakna kabel lebih baik daripada dumbbells, tetapi ia memberikan stres yang sedikit berbeza yang juga akan membantu memberikan cabaran baru dan merangsang pertumbuhan otot.

Banyak lagi senaman-senaman lain, namun cukup dengan tiga senaman ini dahulu untuk anda cuba sendiri do gym mahupun di rumah.

Entri: Fakhrul Islam