Pernah terjadi atau tidak kepada anda plateau? Maksud plateau ialah apabila anda tidak dapat sebarang hasil lagi daripada latihan. Mungkin berat badan anda tidak naik, mungkin bebanan yang anda gunakan tidak dapat naik. Situasi begini lah yang kita gelarkan sebagai plateau.

Kalau dah jadi begini, apa yang anda perlu buat? Anda kena cari jalan untuk memberikan satu rangsangan baru kepada badan anda supaya ia boleh keluar daripada situasi ini. Badan kita akan adapt dengan rangsangan yang diberikan. Anda kena ubah suai rangsangan ini supaya plateau dapat dipecahkan (kiranya seperti memecahkan rekod).

Masalah ini juga boleh berlaku kerana over training. Badan anda sudah letih dan tidak mendapat rehat yang cukup, lantas susah untuk mendapatkan sebarang hasil yang baru. Dalam keadaan ini, anda kena ubah sedikit latihan anda supaya anda masih boleh progress meskipun anda buat sedikit sahaja. Orang putih kata “less is more”.

Sebabnya, setengah daripada kita kalau rasa badan tak naik, lagi dihentamnya kaw-kaw. Mana badan nak cukup rehat kalau begitu? Badan dia tak naik sebab tak cukup rehat, lagi kaw-kaw, lagi tak cukup. Sebaliknya, saya cadangkan anda buat sejenis latihan ataupun set semasa anda bersenam yang digelar sebagai challenge set.

Anda akan warm up seperti biasa dahulu sebelum melakukan set ini. Apabila selesai warm up, anda akan gunakan bebanan yang biasanya anda boleh buat lebih kurang 10 ulangan. Dengan satu set ini sahaja menggunakan bebanan tersebut, anda akan buat sebanyak ulangan yang boleh. Biasanya anda boleh buat 10, bukan? Dalam set tunggal ini, anda kena cuba buat lebih daripada itu.

Dek kerana anda hanya akan lakukan satu set sahaja, secara tak langsung minda anda akan ditetapkan kepada mode “balls out”. Maksudnya, adakan berikan 101% usaha anda untuk buat sebanyak ulangan yang boleh. Habis sahaja set ini, anda akan beralih kepada latihan lain. Buat begini juga untuk selamanya lain dan cuba konsisten untuk sekurang-kurangnya 3-4 minggu. setiap minggu anda kena cabar diri anda untuk buat lebih banyak daripada minggu yang sebelumnya.