Cara angkat bebanan dengan betul bukan sahaja untuk diamalkan dalam gym, tetapi juga di luar gym. Mengangkat barang di rumah, di tempat kerja, dan lain-lain semuanya memerlukan teknik yang betul.
Ramai yang mengalami kecederaan semasa mengangkat barang kerana menggunakan teknik yang salah iaitu menggunakan pinggang. Sebenarnya, anda kena gunakan pinggul dan kaki. Sama seperti pergerakan deadlift, anda akan gunakan otot yang sama. Cuba lihat gambar sebagai rujukan.
Kalau anda perasan dalam gambar tersebut, belakang model berada dalam keadaan neutral. Jadi, tekanan dikenakan pada otot dan bukan pada tulang belakang. Otot tulang belakang anda bekerja untuk memegang tulang belakang dalam keadaan statik. Otot yang bergerak ialah otot pinggul, otot hamstring, otot gluteus, otot-otot kaki, dan lain-lain.
Pastikan anda belajar teknik yang betul supaya anda tidak tercedera!