Cara Betul Untuk Timbang Berat Bagi Bakar Lemak

Anda pernah tak dengar tentang BMI? Maksud BMI ialah body mass index dan ia sering digunakan sebagai penanda aras tahap kesihatan seseorang dengan menisbahkan berat badan bersama ketinggian mereka. Apa yang kurangnya dengan menggunakan BMI ialah ia tidak mengambil kira beberapa faktor penting lain seperti berat otot dan berat lemak.

 

Naik penimbang sahaja tidak cukup sebenarnya untuk betul-betul tahu yang anda sedang bakar lemak. Kerana, turunnya berat badan boleh membawa banyak maksud, termasuklah hanya turun air. Oleh itu, anda digalakkan untuk turut menggunakan beberapa cara lain bagi mengukur tahap pencapaian anda.

 

Lagipun, BMI tidak melambangkan tahap kesihatan. Dua individu berat yang sama mungkin sekali tidak mempunyai komposisi badan yang sama. 70kg orang biasa mungkin tidak sama dengan 70kg orang yang membina badan.

Cara yang paling terbaik untuk mengukur pengurangan (atau penambahan) lemak badan adalah melalui peratusan lemak. Ada boleh gunakan penimbang yang mempunyai fungsi ini untuk menimbang tetapi tidak semua mesin tepat. Kalau di gym komersial, kebanyakannya menggunakan mesin berjenama baik untuk menimbang lemak anda.

 

Kemudian, anda boleh juga gunakan pita ukur untuk mengukur ukurlilit pinggang, biceps, dada, peha, dan punggung. Apa yang anda mahukan ialah penurunan saiz pada pinggang. Pada bahagian lain, ia bergantung, tetapi biasanya anda akan cuba untuk naikkan bahagian-bahagian lain kecuali pinggang.

Dua cara ini adalah antara yang termudah dan lebih baik untuk diamalkan berbanding BMI. Buat secara mingguan, tak perlu hari-hari anda ukur atau naik penimbang.

 

Kalau anda mencari supplement untuk membantu proses bakar lemak, Admin cadangkan anda guna Mega Rasp daripada Superior14 dalam fasa cutting!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook