Cara Grip Semasa Deadlift

Aiman Radzi - Cara Grip Semasa Deadlift

Macam mana cara pegang barbell semasa hendak melakukan deadlift? Ada dua cara utama, iaitu:

  1. Double overhand grip
  2. Alternate grip

 

Yang mana satu anda patut pakai? Bila masa pula nak gunakan double overhand, dan bila pula untuk alternate grip? Mari kita lihat info ringkas ini.

 

Double Overhand Grip

Ini adalah grip yang asas dan patut dilatih oleh semua sepanjang masa. Cara pegangan ini lebih selamat dan stabil, menjadikan ia pembina otot yang seimbang. Kekurangannya terletak pada kekuatan, di mana anda lebih susah untuk angkat berat dengan grip ini.

 

Alternate Grip

Grip pilihan orang ramai sebab kelebihannya yang membenarkan anda angkat lebih berat dengan grip ini. Anda akan pegang bersilang. Kekurangannya, ia kurang selamat bagi yang tidak berhati-hati. Ramai atlit angkat berat tercedera (biceps tear) menggunakan grip ini.

 

Bila Nak Guna

Untuk double overhand grip, gunakan sebanyak yang boleh. Hanya gunakan alternate grip apabila beban yang anda guna terlalu berat untuk ditampung double overhand grip. Pastikan dalam alternate grip yang tangan anda betul-betul lurus. Jangan bengkokkan walaupun sedikit!

Komen Facebook