Cara Nak Buat Bench Press Hit Seluruh Badan

Bench press boleh mengenakan seluruh otot badan anda. Tapi tidak semua tahu cara yang betul dan sebenar. Ramai ahli gym gemar melakukan senaman ini sehinggakan jika kita tiba di gym, pasti kena menunggu giliran untuk melakukannya. Namun persoalannya adakah kita tahu cara sebenar nak buat senaman ini kena seluruh badan kita?

Mari saya kongsikan caranya:

1. Pegang bar sekeras yang boleh.

Ini membuatkan kestabilan anda bertambah. Bahu anda akan lebih kuat dan stabil dan anda akan rasakan bar yang anda angkat lebih ringan.

2. Pijak tanah ibarat anda memijak semut

Kukuhkan kaki anda dengan menapakkan tapak kaki mencengkam tanah. Dan tekan ke bawah bila mana anda sedang mengangkat. Ini membuatkan anda lebih kuat dan stabil.

3. Ketatkan belakang anda

Pastikan upper back anda diketatkan dengan seketatnya. Cuba rapatkan shoulder blades anda sepanjang anda lakukan bench press. Caranya adalah dengan memastikan badan anda yang sedang berbaring berbentuk lengkungan bukan rata.

4. Tinggikan dada

Dengan meninggikan paras dada anda akan rasa tekanan pada lats anda dan itu adalah bagus. Anda kena ingat untuk mengenakan seluruh anggota ini anda harus mengetatkan semua bahagian-bahagian ini dan perlukan fokus yang lebih.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook