Man boobs ialah terma yang digunakan oleh ramai orang untuk menggambarkan dada lelaki yang menjurus ke arah penampilan seperti perempuan. Berbeza dengan dada ahli bina badan, man boobs memang berbeza pada rupa!

 

Fenomena ini terjadi kerana dua perkara, peratusan lemak yang tinggi dan juga ketidakseimbangan hormon dalam badan. Apabila hormon estrogen meningkat, maka badan lebih cenderung untuk menyimpan lemak. Dan, apabila badan semakin berlemak, maka tinggi pula rembesan estrogen. Ia adalah kitaran yang tidak baik.

 

Antara penyebab lain kenaikan estrogen ialah gaya hidup yang tidak aktif dan juga tekanan dalam hidup seharian. Cara pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga menyebabkan kesan yang sama. Oleh itu, bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini?

 

Langkah pertama anda boleh lakukan ialah mula jadikan gaya hidup anda lebih aktif. Kerapkan diri untuk bersenam, kurangkan penggunaan lif, lebihkan penggunaan tangga, dan lain-lain. Kemudian, perbaiki kualiti pemakanan anda. Pastikan anda makan dengan seimbang. Apabila dua ini dilakukan, secara tidak langsung peratusan lemak badan anda akan menurun dan ia ikan kurangkan man boobs. Akhir sekali, bina lebih banyak otot yang kuat.

 

Kalau anda nak guna supplement yang boleh bantu selesaikan masalah ini, gunakan Mega Rasp daripada Superior14!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)