Cara Paling Mudah Untuk Jadi Kuat

Kalau anda nak jadi kuat, anda kena lakukan 3 pergerakan utama ini:

  1. Overhead press
  2. Deadlift
  3. Farmer’s walk

Inilah senaman yang membina kekuatan dengan berkesan. Betul, anda juga nak kuat dalam squat dan bench press, tetapi kalau anda tak boleh overhead press berat badan sendiri, farmer’s walk berat badan, dan deadlift dua kali ganda berat badan, maksudnya anda kena fokus yang itu dahulu.

Apabila anda dah capai matlamat tersebut, yang lain akan jadi mudah. Kerana, inilah yang dinamakan asas. Kalau kekuatan asas dan teras pun tidak ada, macam mana anda nak bina kekuatan yang berlanjutan?

Jadi, tiga senaman itu harus diberikan penekanan. Cuma, macam manakah cara perlaksanaannya?

Anda boleh lakukan semua senaman tersebut 2-3 kali seminggu. Admin dapati kalau nak jadi lebih kuat, kekerapan latihan yang tinggi sangat berguna! Admin gemar berlatih pergerakan sama 3 kali seminggu, memang nampak perubahan. Bebanan ditambah dari minggu ke minggu.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook