Baiklah, kita akan berbincang tentang pemilihan bebanan pula. Apakah cara yang betul dalam pemilihan bebanan bagi senaman-senaman yang akan ada lakukan di gym?
Ramai yang mengagak-agak sahaja bebanan mereka. Tak ada tetapaan atau kira-kira, congakan ilmiah, dan percubaan teratur. Kenapa anda kena guna bebanan yang betul? Sebab, setiap jenis hasil latihan mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkannya. Maksud saya begini, untuk jadi kuat, anda kena main dalam 85-95% daripada 1RM, manakala untuk bina otot, sasarkan 70-85% daripada 1RM.
Tertanya-tanya apa yang dinakaudkan dengan 1RM? Ia bukan satu ringgit, 1RM bermaksud satu bebanan yang anda hanya boleh lakukan 1 rep sahaja bagi sesuatu senaman. Jadi, anda kena kira peratusan tersebut. Sebagai contoh, 1RM bench press anda ialah 100kg, maka 70% ialah 70kg. Berapa rep kita kena buat? Saya kongsi kejap lagi.
Bagaimana nak cuba cari 1RM. Pastikan anda ada spotter untuk hari anda nak cuba 1RM kerana anda akan cuba bebanan yang sangat berat bagi anda, jadi anda perlukan seseorang untuk bantu jika apa-apa berlaku. Naikkan bebanan sedikit demi sedikit sampailah satu bebanan yang anda hanya boleh buat 1 rep sahaja sendiri tanpa bantuan spotter.
Jarak rep yang anda kena buat untuk capai hasil:
- Hypertrophy otot: 8-12 rep
- Strength: 3-6 rep
Entri: Aiman Radzi