Proses baik pulih otot adalah proses yang sangat diperlukan bagi menjamin tumbesaran dan pembakaran lemak yang ideal. Anda dah woorkout, dah ambil makanan yang sihat, dah minum supplemen, namun badan tiada perubahan? Mungkin anda terlepas pandang proses ini. Artikel kali ini akan berkongsi tips recovery yang mudah dan senang untuk anda.

1.Berjalan

Berjalan adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk mencetuskan pemulihan dan melindungi anda dari kecederaan masa depan. Kadang-kadang kaedah yang paling mudah dapat menghasilkan hasil yang paling banyak berubah. Berjalan akan membuatkan otot-otot anda berada pada kedudukan yang betul kembali selepas anda menjalani proses latihan. Di samping ianya menjadi cara yang termudah, ia juga membantu mengekalkan kedudukan tulang belakang anda dengan baik.

2.Ambil Nutrien Sebelum dan Semasa Workout

Menjadi kebiasaan ramai yang mengamalkan post dan pre workout nutrien iaitu makanan atau minuman yang diambil sebelum workout dan selepas workout. Namun, untuk proses baik pulih yang baik, anda harus mengambil nutrien semasa workout juga. Mengambil nutrien semasa workout juga mengelakkan protein breakdown dan membantu memaksimumkan tindak balas hormon dan pemulihan. Anda boleh cari supplemen-supplemen yang baik semasa workout sama ada yang memberi tenaga, membakar lemak atau mengepam otot.

3.Urutan kecil

Anda boleh melakukan urutan kecil pada sesetengah titik utama di sekitar badan. Jika anda tahu berkaita teknik urutan SMR, anda boleh cuba. Jika tidak faham lihat video ini:

Entri Oleh: Fakhrul Islam