Tak semua mampu nak beli supplement whey, mass, testosterone booster, dan lain-lain. Tapi, kalau anda masih berniat untuk membesarkan badan (bagi yang kurus), anda perlu makan banyak!
Tiada cara lain untuk tambah berat. Tiada ubat ajaib nak bagi up kilo anda kalau anda tak selitkan dengan pemakanan yang bagus.
Ramai risau dengan perkataan solid food, menyangkakan perkataan solid itu bermakna makanan-makanan tertentu bodybuilder seperti salmon, brocolli, sweet potato, macam-macam lagi.
Ya, benar dengan makanan-makanan ini mampu beri manfaat lebih (kerana nutrien yang lebih berkualiti). Tapi solid food hanyalah bermaksud makanan. Hatta, saya pernah dimarah kerana kata nasi lemak itu adalah solid food (jibake)!
Anda terkeliru antara solid food dan clean diet. Apa-apa pun kalau anda mampu makan makanan clean ini, adalah lebih baik bukan sekadar untuk bina badan malah untuk kesihatan.
Jika anda tidak mampu menyediakan makanan resepi-resepi unik yang anda baca dalam internet, tiada masalah untuk makan nasi dan telur pun. Anda tetap naik berat kerana konsep pengawalan berat adalah antara kalori masuk dan keluar.
Beberapa perkara anda boleh buat untuk tambah berat badan bagi yang betul-betul susah naik saiz dan kurang mampu membeli supplement:
1- Tambah sesenduk nasi setiap kali makan setiap minggu
2- Minum 2 gelas susu setiap hari, seminggu dalam 2 kotak besar susu
3- Makan sekeping roti setiap kali habis makan sarapan, lunch, dan dinner
4- Rebus kentang dan makan sebiji pada tiga waktu makan tadi
5- Tambah kuantiti pengambilan sayur untuk dapatkan nutrien cukup
6- Kekacang mampu topup kekurangan protein kalau anda tak dapat makan banyak ayam, ikan, dan daging
Alasan yang sering dengar:
“saya susah naik berat”
“saya badan ecto”
“badan saya metabolisme tinggi”
“saya tiada selera makan”
Hakikatnya, anda susah naik berat sebab anda tidak makan cukup. Kalau anda betul-betul berhasrat memiliki badan besar, anda tiada pilihan lain, hanya untuk makan lebih banyak!
Info By Aiman Radzi