Ada banyak cara anda boleh guna untuk bulking dan cutting. Ada yang bulking bertahun-tahun, katanya nak bina saiz kaw-kaw. Dah sampai sasaran, baru dia cutting sampai kering. Ada juga yang bulking 3 bulan dan cutting lagi 1 bulan, ulang sampai badan jadi. Yang pasti, kalau anda bulking seminggu cutting seminggu, yang itu memang tak menjadi!

Bulking memang kena lama sedikit daripada bulking, kerana nak bina otot bukan benda mudah. Ia memakan masa, dan usahanya juga tinggi serta rumit. Nak turunkan berat badan tak sesusah nak bina otot, yang susah nak kekalkan jisim otot semasa cutting.

Sebab itu, ada teknik bulking 3 bulan dan cutting 1 bulan. Dalam masa 3 bulan itu, pemakanan haruslah diprogramkan mengikut fasa surplus kalori. Sasarkan untuk naik 0.5kg setiap minggu selama 3 bulan itu. Apabila masuk ke fasa cutting, ubah daripada fasa surplus kalori menjadi defisit kalori. Yang ini, sasar 0.5kg-1kg setiap minggu selama sebulan.

Image result for bulking

Dari segi latihan pula, kekalkan sahaja dengan latihan kekuatan semasa cutting, sebagaimana anda berlatih kekuatan dalam bulking. Sebab apa? Anda nak berikan stimulasi yang cukup untuk kekalkan jisim otot. Latihan kekuatan bermaksud anda berlatih guna bebanan yang berat tapi sikit rep, digantikan dengan banyak set. Anda boleh guna 5×5, 3×8, 6×4, dan macam-macam lagi.

Nak makan apa semasa bulking dan cutting? Tak kesah nak makan apa, janji anda ikut nilai kalori dan capai sasaran berat minggu tersebut. Untuk supplement, Admin cadangkan anda kekal guna whey daripada Superior14 ataupun Tesla. Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement sekarang!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)