Untuk menjadi kuat, anda kena latih badan anda untuk adapt dengan stimulasi-stimulasi baru. Stimulasi ini datang daripada penukaran intensiti dan jenis senaman yang dilakukan.
Antara senaman-senaman yang anda boleh buat untuk menguatkan bench press:
1- Close Grip Bench Press
Ini variasi yang paling mudah untuk kuatkan bench press. Anda lakukan bench press seperti biasa, tetapi grip anda adalah rapat sedikit daripada bench press biasa.
2- Dip
Antara ubat mujarab yang diakui keberkesanannya untuk membina kekuatan bench press ialah dip. Senaman ini boleh dilakukan secara bodyweight ataupun menggunakan bebanan.
3- Overhead Press
Bench press turut memerlukan kekuatan shoulder yang baik. Senaman paling utama dalam membina kekuatan shoulder ialah overhead press.
4- Push Up
Amalkan push up selalu dan anda akan nampak perubahan ketara dalam senaman bench press anda. Kenapa? Sebab ia memang berkesan! Push up membina kekuatan menyeluruh.
5- Dumbbell Fly
Senaman isolation untuk chest akan bantu untuk meningkatkan mind-muscle connection. Ini akan meningkatkan prestasi otot dada anda semasa bench press.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)