Overhead press (atau shoulder press) ialah senaman kompaun untuk bahu. Ia akan melatih ketiga-tiga bahagian bahu (depan, belakang, tepi).

Ramai yang kuat dalam overhead press tetapi tidak dalam bench press. Ada pula yang sebaliknya. Mari kita lihat senaman yang akan bantu overhead press anda.

1- Dip

Sebagaimana dip membanti bench press, ia juga akan bantu overhead press kerana dip menguatkan otot pressing (dads, bahu, dan triceps). Kalau anda boleh gantungkan bebanan, itu lebih bagus!

2- Incline Bench Press

Hampir sama sengan overhead press, cuma anda baring sedikit untuk mengaktifkan lebih otot dada. Semakin tinggi incline, maka akan lebih guna otot dada.

3- Pike Push Up

Ada dua jenis push up yang anda boleh lakukan untuk tambah baik overhead press anda. Satunya ialah pike push up. Satu lagi? Lihat seterusnya.

4- Handstand Pushup

Ini tidaklah senang untuk dilakukan. Jadi, kalau anda baru nak cuba, Admin cadang anda sandarkan kaki pada dinding dahulu. Apabila dah cukup kuat, baru boleh tegakkan sendiri.

5- Pin Press

Untuk fokus pada otot dan bukan momentum, pin press ialah senaman yang bagus kerana ia melatih bahagian locking dalam senaman overhead press. Triceps anda mendapat tempias banyak!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)