Cara Untuk Kuatkan Pull Up

Pull up ialah senaman king bagi back. Mereka yang tak boleh buat pull up perlulah berlatih sampai boleh kerana ia dikira sebagai asas. Sedangkan yang bersaiz 100kg pun boleh pull up, apa lagi yang ringan-ringan?Kalau tak boleh pull, anda boleh lakukan senaman-senaman ini untuk kuatkan diri:1- Barbell RowIni juga senaman utama untuk back. Ramai jarang lakukan senaman ini secara freeweight. Mereka lebih pentingkan mesin sedangkan yang freeweight akan aktifkan otot core dengan lebih aktif.2- Chin UpBerbeza sedikit dengan pull up, chin up memberi fokus pada biceps. Cara pegangnya adalah dengan menghadapkan telapak tangan ke arah anda.3- Horizontal RowYang ini memerlukan mesin seperti mesin kabel dan hammerstrength. Pergerakannya seperti barbell row, cuma anda berada dalam posisi duduk.4- Kroc RowGunakan dumbbell paling berat dalam gym untuk buat one-arm row. Semestinya, anda akan gunakan momentum tetapi tidak mengapa. Ia melatih kekentalan mental.5- Negative Pull UpYang disahkan sangat membantu ialah pull up negatif. Anda menggunakan bantuan untuk tarik ke atas (seperti resistance band ataupun melompat ke atas) dan turunkan badan anda perlahan-lahan secara sendiri.Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook