Bench press sudah, pull up sudah, sekarang masuk pula kepada squat iaitu senaman utama bagi kaki. Adakah anda dari golongan yang meninggalkan latihan untuk kaki?
Squat melatih otot quadriceps, hamstrig, glutes, adductors, abductors, calves, dan juga otot bahagian atas. Ya, ia melatih keseluruhan badan. Sebab itu anda kena buat squat!
1- Leg Press
Senaman yang paling mudah dan sering dijadikan sebagai ganti kepasa squat. Dek kerana squat terlalu susah, ramai hanya buat leg press, sedangkan leg press ialah pelengkap sahaja kepada squat. Memang leg press boleh menguatkan squat, dengan syarat anda kena squat!
2- Box Squat
Box squat akan bantu anda mengumpul kekuatan tertumpu pada kaki dan punggung. Ia mengajar anda cara untuk lakukan squat dengan form yang bagus.
3- Jump Squat
Strength dan power adalah dua benda berbeza. Jump squat melatih power generation ataupun penciptaan kuasa. Bayangkan begini, semakin laju anda akan berat, semakin tinggi kuasa yang dihasilkan. Kalau anda nak squat berat dan laju, anda kena belajar dan latih jump squat dengan bebanan ringan.
4- Pause Squat
Ini ibarat gabungan box squat dan jump squat, kerana ia melatih strength dan power dalam masa yang sama. Ramai guna momentum semasa squat. Pause squat mengosongkan momentum.
5- Lunges
Squat turut memerlukan kestabilan kedua-dua belah kaki. Bagi melatih kestabilan, lunges ialah senaman yang mujarab.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)