Recovery otot adalah penting untuk hypertrophy atau pembinaan saiz. Kalau anda tak dapatkan recovery yang secukupnya, susah untuk anda nak membesar. Oleh itu, Admin nak share beberapa tips ringkas untuk anda mempercepatkan recovery!
1. Buat Light Cardio
Cardio secara ringan akan membantu recovery dengan melancarkan darah dan menolak lactic acid keluar daripada otot-otot anda. Apa kata petang-petang anda pergi berjogging atau naik basikal? Jangan hari off day tidur sahaja!
2. Banyakkan Stretching
Stretching sememangnya penting untuk kesihatan badan, bukan sekadar untuk mereka yang minat main besi sahaja. Orang biasa pun kena stretching. Amalkan stretching 10-20 minit sehari untuk satu badan.
3. Pergi Berurut
Admin suka yang ini sebab kita dapat peluang untuk berehat-rehat. Dapatkan urutan sukan daripada mereka yang berkelayakan berhampiran anda. Kalau tak ada siapa-siapa, panggil Admin sahaja!
4. Ambil Supplement Yang Betul
Untuk mempercepatkan recovery, Admin cadangkan anda ambil samada whey ataupun BCAA. Lebihkan sedikit dos pengambilan pada hari rest day. Selalu orang ingat, kalau rest tak perlukan supplement. Betul, tetapi tidak pada whey dan BCAA kerana dua ini lagi sesuai diambil pada hari off.
Ingin tahu banyak lagi informasi menarik berkaitan bina badan dan fitness? Sentiasa ikuti kami di laman web https://deegymsupplement.com untuk informasi-informasi dan produk yang terbaru!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)