Dekat sekitar rumah anda, mungkin akan ada banyak gym yang dibuka. Jadi, pilihan untuk anda join juga ada banyak. Cuma, yang mana yang terbaik untuk anda pilih? Mari kita lihat beberapa tip untuk memilih gym!
1- Ada Squat Rack/Power Rack
Kalau Admin masuk ke gym baru, ini yang Admin akan cari dulu, dan Admin sarankan anda buat benda sama. Berbeza tau kebaikan untuk squat menggunakan freeweight dan menggunakan mesin Smith!
2- Dumbbell Melebihi 40kg
Kalau boleh juga, cari yang ada dumbbell melebihi 40kg. Bukanlah untuk anda guna selalu, tetapi cukup untuk latih grip anda dengan cara dumbbell carry atau farmer’s walk.
3- Pengudaraan Bagus
Kalau ada kipas tapi tak buka, tak guna. Kalau ada tingkap tapi taknak buka pun sama. Pengudaraan adalah benda yang penting, sebab kalau pengudaraan tak bagus, segala macam bau pun ada. Bukan itu sahaja, takut pengsan sebab panas.
4- Boleh Main Deadlift Berat
Admin pernah jumpa gym yang tak bagi deadlift berat. Siap kena marah lagi. Kalau ini gym yang anda jumpa, boleh mula beransur perlahan-lahan.
5- Banyak Freeweight Daripada Mesin Dan Kardio
Kalau gym anda banyak mesin treadmill, banyak mesin besi daripada freeweight, mungkin dia tak ada nilai-nilai yang Admin nyatakan tadi. Cari yang fokus kepada freeweights.
6- Friendly Environment
Yang ini susah sikit nak tengok, tetapi boleh dilihat daripada cara anda dilayan waktu pertama kali masuk ke gym. Kalau orang yang menjaga kaunter selalu senyum-senyum apabila orang masuk, mungkin itu gym yang friendly.
Semua ini hanya panduan belaka. Mungkin gym di sekitar anda tak sama seperti yang Admin nyatakan tetapi sudah cukup untuk anda, ataupun memang kena dengan citarasa anda. Maka, daftar terus dan jangan give up daripada workout!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)