Tangan berurat laksana akar pokok menjalar menjadi sasaran sesetengah individu. Bagi mereka, tangan berurat begini melambangkan kesadoan dan meningkatkan lagi imej sado.

Masalah dalam isu urat menjalar ialah ia bergantung pada genetik. Ini yang paling utama. Jika anda dilahir senagai jenis yang berurat, maka misi ini amat mudah untuk dicapai. Bagi sesetengah orang, mereka tidak mempunyai kelebihan begini.

Perkara kedua yang mempengaruhi imej berurat seseorang ialah tahap peratusan lemak badan. Semakin rendah peratusan lemak badan, maka lebih jelaslah urat mereka. Kalau dah nampak sebu sahaja, faham-fahamlah. Tetapi, bukan semua orang kejarkan imej begitu.

Apa yang anda kena buat ialah menurunkan peratusan lemak badan dahulu. Genetik tak boleh diubah, tetapi ini boleh. Jaga makan dahulu kerana kalau lemak tebal, memang susah nak nampak.

Kemudian, anda boleh cuba ambil citrulline mallate (sejenis supplement untuk bantu kenaikan urat). Ia boleh didapati dalam supplement-supplement seperti AAKG, Stanabol-X, dan lain-lain.

Dari segi latihan pula, amalkan latihan tinggi rep untuk mencabar otot anda mendapatkan nutrisi daripada darah dengan secukupnya. Apabila otot anda memerlukan lebih, maka badan akan “mencabangkan” urat sedia ada bagi membekalkan nutrisi kepada otot.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)