Ada isu muncul dalam beberapa group diet di mana penyoalnya bertanya tentang samada minum kopi boleh menaikkan kadar metabolisme. Dan, ada beberapa pakar yang memberikan jawapan, cuma ada yang tak mahu hadam dengan jawapan itu.
Ya, memang minum kopi boleh naikkan metabolisme badan, tetapi naiknya hanya sedikit. Sama seperti memakan makanan-makanan bakar lemak lain. Memakan itu juga membakar kalori, tetapi kadar kenaikan adalah sedikit.
Apakah yang boleh buat metabolisme anda betul-betul naik?
1- Bina Otot
Tak kisah anda berlatih untuk apa, otot adalah sesuatu yang baik. Tak ada orang nak bina lemak. Apabila anda ada banyak otot, badan anda akan gunakan tenaga yang lebih secara semula jadi. Otot boleh dibina melalui latihan bina badan ataupun latihan kekuatan. Latihan ketahanan juga membina otot tetapi kadarnya sedikit dan jenis otot juga bukan yang sama seperti latihan kekuatan.
2- Perbanyakkan Aktiviti
Betul, orang kata kalau nak kurus mulakan dengan diet sebab pemakanan ni 70% manakala latihan hanya 30%. Tetapi, ini telah menyebabkan ramai malas bersenam, dan metabolisme mereka pula jadi seperti kura-kura. Memang Admin pernah kata bersenam bukan wajib untuk kurus, tapi Admin tak kata kurangkan aktiviti. Sekarang, kita kena guna 100% pemakanan dan 100% latihan. Banyakkan aktiviti seharian termasuk bersenam.
Melalui dua cara ini sahaja dapat anda betul-betul naikkan metabolisme untuk tujuan bakar lemak dan bina badan!
Dapatkan lagi banyak tips bina badan di Dee Gym Supplement!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)