Cara Yang Lebih Berkesan Untuk Buat Dumbbell Row

Admin nak share satu tip atau pembaikpulihan kepada senaman dumbbell row. Ubah satu benda yang simple ini sahaja dan anda boleh rasai kelainan dalam latihan back anda!

 

Dumbbell row sememangnya senaman yang cukup bagus untuk membina saiz pada otot back anda. Lagi-lagi kalau anda main berat dan menggunakan sedikit momentum untuk membantu anda, dalam beberapa bulan sahaja anda boleh dapati back anda menjadi lebih tebal dengan senaman ini.

 

Untuk menambahkan keberkesanan senaman tersebut, anda kena ubah cara anda tarik dumbbell. Biasanya, orang akan tarik secara menegak ke atas. Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

Image result for dumbbell row

 

Ini adalah cara yang paling common orang gunakan untuk dumbbell row, dan ianya tidak salah. Kalau anda ubah sedikit pergerakan menarik tersebut menjadi seperti menari ke belakang sedikit, anda akan aktifkan lagi otot latissimus dorsi anda. Macam mana? Tengok pula gambar di bawah.

Image result for dumbbell row position

 

Lihat bagaimana posisi tangan mereka berada dalam kedudukan berbeza. Kerana, gambar kedua mengilustrasikan teknik menarik ke belakang. Nak lebih paham, lihat kedudukan dumbbell dalam kedua-dua gambar. Untuk cara biasa, kedudukan dumbbell tidak berubah, hanya gerak atas bawah sahaja. Untuk tip ini, anda tarik ke belakang (tengok dumbbell daripada selari dengan muka berubah sehingga ke paras pinggang).

 

Mudah, bukan? Tapi boleh mendatangkan impak yang besar kepada latihan back anda!

Komen Facebook