[wdi_feed id=”2″]
Anda mempunyai BETIS yang sangat DEGIL untuk membesar?
Laburkan 10 minit setiap hari lakukan senaman ini untuk naikkan 1 inci dalam SEBULAN!
Kalau anda nakkan tangan yang mantap, lihat ahli gimnastik. Tengok pula pada atlit lari pecut kalau anda inginkan hamstring terbaik. Bagi otot betis, tengok pada penari balet professional.
Mereka banyak melakukan bodyweight calf raise sahaja untuk beratus-ratus kali! Anda juga boleh, tanpa sebarang alat, guna berat badan sahaja.
Misi anda sekarang adalah untuk melakukan 100 rep calf raise SETIAP HARI. Peraturannya:
1- Tangan di sisi
2- Jangan berpaut untuk kestabilan
3- Lakukan dengan berkaki ayam
4- Kuncupkan otot betis di hujung pegerakan
5- 2 saat naik, 2 saat tahan, 2 saat turun
Satu rep sepatutnya mengambil masa 6 saat (2/2/2) untuk memastikan rep itu berkualiti. Lakukan 100 rep dan ia hanya akan ambil masa 10 minit sehari.
Selepas sebulan, tambahkan dengan bebanan ringan jika perlu. Buat teknik ini setiap hari, tidak kira di gym atau di rumah.
Kenapa 100 rep? Salah satu otot betis bernama soleus, dan otot ini terdiri daripada 88% gentian otot sentak-perlahan. Jenis ini memerlukan rep tinggi, kerana ia adalah jenis “ketahanan”. Jadi, teknik begini sangat sesuai untuk menstimulasi hipertrophy.
Klik My Website —-> deegymsupplement.com/staging
Info By Aiman Radzi